Kelas Tajwid 12 Mei 2010 Mei 19, 2010
Posted by alhawa in Kelas Tajwid, Lain-Lain.Tags: Kelas, Mudah, Murah, nota, Pantas, ringkas, Tajwid
add a comment
Satu kelas Tajwid (Kaedah Aslan) iaitu kaedah mudah belajar Tajwid telah diadakan di IKBN Pagoh. Kelas yang berlangsung bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang.
Pada asalnya, kelas dirancang diadakan di masjid namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Urusetia telah memindahkan lokasi ke dalam perpustakaan.
Sekalung tahniah dan penghargaan kepada Saudara Harizan dan khusus buat Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah dan semua kakitangan yang terlibat sebagai urusetia mahupun peserta.
Apa yang istimewa, pentadbir tertinggi IKBN Pagoh turut serta dalam kelas ini termasuk 6 orang peserta wanita.
Semoga dapat bertemu lagi. Mudah-mudahan usaha kita ini, mendapat keberkatan dan perhatian daripada Allah jua.
Salam ukhwah,
Azlan Al-Hawa
CD Kaedah Dian (Versi 2010) Mei 11, 2010
Posted by alhawa in CD Tarannum.Tags: CD, Dian, Kaedah, Kelas, Mudah, Murah, nota, Pantas, Tarannum
add a comment
Sila lawat www.lamanbestari.wordpress.com untuk panduan tempahan. Kepada yang berminat dan menantikan CD saya ini, semoga kalian mendapat sesuatu yang bernilai!
Salam hormat
Azlan Al-Hawa
Kelas Pantas Tarannum April 29, 2010
Posted by alhawa in Kelas Tarannum.Tags: Kelas Tarannum, Lagu Quran, Tarannum Al-Quran
add a comment
Kelihatan peserta-peserta Kelas Tarannum pada 23 April2010 yang lalu menunjukkan kesungguhan yang mengkagumkan. Keterangan kelas ke-2 kali ini ialah seperti berikut.
Jumlah Pelajar= 10 orang.
Tempat = Bilik Mesyuarat.
Lagu= Hijaz
Masa= 9.30=11.30 malam.
Pada minggu ini kelas tidak dapat dijalankan kerana masing-masing ada komitmen yang tidak dapat dielakkan. InsyaAllah kita bertemu lagi minggu hadapan dengan lagu Nahawand pula. (InsyaAllah jika tiada perubahan).
Salam mesra, jumpa lagi… Wassalam.
Azlan Al-Hawa
Ada minat, ada jalan. April 23, 2010
Posted by alhawa in Lain-Lain.Tags: Al-Quran, IKBN, Kelas, Mengajar, Mudah, Tarannum
2 comments
Belajar Tarannum memang tidak susah. Anda hanya memerlukan kelas 2 jam sahaja untuk menguasai satu-satu jenis lagu.
Berapa kali kelas 2 jam? Hanya sekali sahaja dan anda akan dapat kenal dan boleh membaca tarannum untuk satu lagu.
Kalau anda berminat, anda boleh mengatur 10-20 orang peserta dan anda jadik urusetia yang membolehkan kita berhubung dengan mudah.
Yang penting, lokasinya anda tentukan, sunyi dan duduk atas kerusi.
Wassalam
Satu Permulaan April 17, 2010
Posted by alhawa in Lain-Lain.Tags: Al-Quran, Belajar, IKBN, Kelas, Pagoh, Tarannum
add a comment
Malam tadi saya telah berjaya mengendalikan satu kelas di IKBN Pagoh. Kehadiran amat memuaskan kerana selama 2 jam berlangsung antara jam 9.30 mlm hingga 11.30 malam, semua peserta menunjukkan komitmen yang sangat saya kagumi.
Apa yang membuatkan saya lebih terharu ialah kehadiran Tuan Pengarah IKBN Pagoh , En. Hamid sendiri bahkan beliau turut membawa anaknya sekali (Haziq, 12) dalam kelas ini.
Tahniah IKBN Pagoh atas inisiatif ini. Minggu depan kita berjumpa lagi!
Kelas Tarannum Akan Dibuka April 12, 2010
Posted by alhawa in Lain-Lain.Tags: Al-Quran, Kelas, Mengajar, Mudah, Tarannum
add a comment
Kelas Tarannum akan datang bakal dibuka di Muazzam, Kluang dan Batu Pahat.
Selain itu, En. Harizan sudi menjadi urusetia di IKBN Pagoh bagi kelas Tarannum di sana.
Semoga mendapat keberkatan jua.
Kaedah Dian Terkini Februari 7, 2010
Posted by alhawa in CD Tarannum.Tags: Al-Quran, Baiyati, Belajar, Dian, Hijjaz, Kelas, Mudah, Pantas
add a comment
Saya sudah mengupload 1 kaedah Dian (daripada 8 Kaedah) ke YouTube. Sila jejaki file tersebut.
Saya yakin video tersebut sangat berguna buat kalian.
PROMOSI
KAEDAH DIAN PERTAMA
Maklumat diri saya.. Oktober 24, 2009
Posted by alhawa in Lain-Lain.Tags: Al-Quran, bayati, harakat, Lagu, Tarannum
4 comments
Assalamualaikum
Sahabat-sahabat sekalian.
Jika anda benar-benar berminat untuk belajar tarannum (asas belajar tarannum), saudara saudari sekalian boleh menghubungi saya di talian 019-7156781 (Azlan). (saya lebih suka SMS).
Walau bagaimanapun, saya hanya dapat mengajar kalian jika kalian sanggup datang ke rumah saya di kluang pada hari sabtu.
Jika kalian ada cadangan masa lain, kalian boleh bagitau saya tetapi selain sabtu saya memang agak sukar…
Walau bagaimanapun, jika kalian tinggal di Bera / Triang / Temerloh, saya boleh pertimbangkan hari selain Sabtu & Ahad tetapi ia masih bergantung kelapangan masa saya.
Bayaran adalah ikhlas kerana saya belum dapat memberikan komitmen 100% atas projek ini.
Semoga anda mendapat manfaat dengan maklumat terbaru ini.
KAEDAH DIAN – Asas Januari 14, 2009
Posted by alhawa in Lain-Lain.Tags: Cepat, Hangat, Kaedah, Mudah, Pantas, Tarannum
add a comment
Harap kalian dapat membaca tulisan saya di www.alhawa.wordpress.com terlebih dahulu sebelum mendownload.
LINK UNTUK DOWNLOAD
http://www.4shared.com/file/80522602/e8988e06/SifirTarannumDIAN.html
SOFTWARE DIPERLUKAN
Apa-apa zip software. Ia dalam bentuk *.rar
HARGA
Ikhlas saya berikan. Tetapi jika ingin menyumbang, sila masukkan ke dalam akaun saya iaitu;
CIMB : 0107-0066358-52-3
KUALITI AUDIO
Kurang memuaskan. Ia adalah asli sebelum diedit.
TARIKH KAEDAH INI DICIPTA
Sekitar 2004-2006
ADA KAEDAH LAIN YANG TERKINI?
Ada.
Sekali lagi saya harapkan, sila baca tulisan saya di www.alhawa.wordpress.com terlebih dahulu sebelum download.
Maaf, Buat Kesekian Kalinya November 11, 2008
Posted by alhawa in News.Tags: Group, Harapan, Komitmen, Lewat, Maaf, Order, Yahoo!
1 comment so far
Ringkas sahaja posting saya kali ini. Saya minta maaf, saya belum mampu nak berikan komitmen yang secukupnya atas apa yang saya telah mulakan; Blog ini.
Biarpun kebanyakan order dapat saya tunaikan, namun masih ada order yang tidak dapat saya penuhi kerana terlalu sibuk dengan kerja…adakah ini alasan? terpulang kepada kalian. Namun, saya telah menyatakan apa yang sepatutnya. Buat mereka yang sentiasa mengharapkan sesuatu di blog ini, saya masih ada harapan buat kalian; masa dan kemampuan, juga izin daripada Ilahi.
Sila daftar nama anda dalam Yahoo! Group yang saya sediakan untuk anda semua, sesuai dengan masa saya yang agak terbatas untuk menjawab semua persoalan selain tempahan-tempahan.








