jump to navigation

Mari Belajar Online. Februari 13, 2008

Posted by alhawa in News.
Tags:
2 comments

Saya sudah lama menyimpan hasrat untuk bersama-sama anda mendalami Al-Quran secara online. Saya harap anda bersedia dengan microphone sebelum pergi lebih jauh dengan menggunakan webcam.

Jadual kelas ialah 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan 10.00 hingga 11.00 malam. Sila pastikan komputer anda boleh mengakses Yahoo! Messanger ataupun Skype.

Sebagai makluman tambahan, kelas ini adalah kelas percubaan. Kelas yang sebenar tentulah kelas yang berbentuk realiti, bersemuka.

Sebarang pertanyaan sila e-mail;

azlansenggarang@yahoo.com atau layari ke laman blog milik al-hawa yang lain seperti www.alhawa.wordpress.com atau www.lamanbestari.wordpress.com .

Jumpa anda di sana!

wassalam.

azlan al-hawa

e-Book belajar Tarannum Februari 13, 2008

Posted by alhawa in Lain-Lain.
Tags: , , ,
add a comment

Apa khabar kalian? Harap sihat-sihat sahaja walaupun kadangkala kerja seharian begitu meletihkan.

Adakah anda sudah pergi ke laman blog saya www.lamanbestari.wordpress.com ? Di sana, saya telah masukkan satu e-book yang dapat menerangkan kepada anda Kaedah Pantas Belajar Al-Quran (Tarannum) yang saya namakan sebagai Kaedah Dian.

Sebelum anda ke sana, suka saya beritahu buat kesekian kalinya bahawa saya bukanlah guru atau pakar tarannum. Saya hanya peminat tarannum yang ada sedikit ilmu. Bukan apa, saya bimbang jangkaan dan anggapan rakan-rakan semua kepada saya mungkin melebihi apa yang sebenarnya pada diri saya.

Baiklah..Jumpa di laman blog al-hawa yang lain !

Induk ~ www.alhawa.wordpress.com

Teori (Tarannum) ~ www.lamanbestari.wordpress.com

Audio / Video ~ anda di sini! www.attarannum.wordpress.com