Petua Membaiki Suara Mac 25, 2008
Posted by alhawa in News.Tags: Al-Quran, Menjaga, Petua, Suara, Tarannum, Tip
8 comments
Anda teringin bersuara merdu? Tentu jawapan anda YA…tetapi bila mengenangkan kemampuan diri, kadangkala timbul rasa rendah diri… “Tak apalah. Suara sedap pun buat apa. Bukan nak guna sangat. Ni dah boleh bercakap pun syukur.”…mungking terkeluar kata-kata ini daripada mulut anda..
Tapi, benarkah ada kaedah untuk membaiki suara?? Jawapan saya; YA.. ada.
Anda MESTI membaca Tips-tips di bawah samaada ‘meninggalkan terus’ atau ‘mengurangkan’… bergantung pada diri sendiri laa.. Kalau anda serius, tinggalkan terus lagi bagus.
1) Merokok..
2) Makanan berminyak. Cth:- Mee Goreng (yang banyak minyak) atau karipap (serap minyak..<kes minyak tak cukup panas la nie..>)
3) Makanan bergetah / termasuk air buah yang bergetah.
4) Minuman ber ‘kaffin’ macam kopi, nescafe, macam-macam jenis kopi segera dan seumpamanya.
5) Coklat-coklat… (apa jenis sekalipun…mahal ke..murah ke..)
6) Air klorin.. (usahakanla minum air yang bertapis. SAJ=Syarikat Air Johor kadang-kadang bekalkan air berkeladak gak. Nasib baik ada tapis..)
PETUA MENJAGA
1) Bangun tidur pagi-pagi, minum air masak kosong sebelum gosok gigi. Sebaik-baiknya suam-suam sikit (eii gelinyer…!! ada antara anda ungkapkan macam tu… Saya bagi petua jer. Lagipun, yang minum mulut sendiri..)
2) Sediakan Teh Papermint ataupun Teh Pudina. (Boh ada keluarkan tapi kalau dapat daunnya yang segar lagi bagus.) Bancuh dengan madu lebah asli, suam-suam.
3) Belajar menjerit (bukan Luar Kawalan yerrr..), di dalam sebekas air. Jangan mengaji tapi gunakah ..” Laa..Laa..Laa..”.
4) Ohh..lupa nak bagitau.. Lepas minum air pagi-pagi tadi, mestilah nak gosok gigi. Lepas kumur-kumur cuci mulut, lepas gosok gigi, sebelum berwuduk Solat Subuh, masukkan air dalam hidung. Tarik air masuk guna hidung, dalam-dalam. Pastu cuba keluarkan ikut mulut seberapa banyak yang mampu.
5) Tulang bahu & tulang belakang memainkan peranan menampung udara-udara nafas kita. Cuba kawal pergerakan badan semasa membaca Al-Quran.
6) Duduklah dengan tetap dan seimbang. Duduk Tahiyat Awal = tak seimbang.
KALAU SUARA TAK ELOK JUGAK….
1) Mungkin ada masalah kerongkong. = kena operation sikit kat doktor tekak.
2) Mungkin masalah kahak banyak sangat. = kena buangla. Cara terbaik herba-herba traditional la.
….. Rasanya cukuplah dulu…(nak semayang Subuh..Jom berjemaah!!) Lain masa berjumpa lagi!! Nantikan CD-Tarannum saya k!..
Semoga berjaya..
Wassalam..
azlan al-hawa
Halwa Telinga : Berzanji Mac 19, 2008
Posted by alhawa in Lain-Lain.Tags: Berzanji, Lagu, Rast, Rawi, Tarannum
add a comment
Saya sebenarnya sedang menyiapkan beberapa perkara penting yang menjurus kepada halatuju laman blog Al-Hawa dan cabang-cabangnya.
Satu masalah yang masih belum saya dapat tangani ialah isi kandungan laman blog intanpayung.wordpress yang masih tergendala akibat beberapa masalah tertentu.
Walau bagaimanapun, jika semuanya beres, maka saya pasti, insyaAllah anda semua akan berpuas hati dengan persembahan saya pada masa akan datang.
Sebelum saya mengakhiri pertemuan kali ini, saya bawakan kepada anda Berzanji :: Rawi ke-5 :: Lagu Rast. Semoga ia menjadi halwa dan latihan suara dan nafas kepada para peminat tarannum sekalian.
(Lagu rast berzanji ada kelainan dengan lagu rast Al-Quran. Ini adalah suara asal saya!)
…. dan kalau ketika anda mendengar ada suara halus / budak kecil menjerit..anda jangan terkejut, itu suara anak saya memanggil saya… “bii!! bii!!”=maksudnya= berilah perhatian, lihatlah aku.. <pandai2 je saya.mcm faham je maksud dia.> …
azlan al~hawa
SILA KLIK LINK DI BAWAH.
http://www.4shared.com/file/41237221/a2cde223/WaBaraza_Rast.html
Imam bangla. Mac 19, 2008
Posted by alhawa in Lain-Lain, News.Tags: Al-Quran, Bangla, Imam, Islam, Muslim, Qiraat
add a comment
Anda tentu pernah solat di surau? Itu biasa kerana soalan saya pernah atau tidak ;maka jawapan anda tentulan YA. Tetapi, Anda pernah mempersilakan seorang bangla menjadi imam solat? … apa jawapan anda?
Baiklah. Saya hanya ingin berkongsi pengalaman dengan kalian. Saya tinggal di Kluang dan di taman saya ada sekumpulan indon yang tinggal di rumah kotai dan sekumpulan bangla tinggal di kilang memproses habuk kayu; jika saya tidak silap.
Mereka; indon dan bangla sama-sama bermasyarakat dengan kami, penduduk taman dalam urusan solat dan kadangkala kerja kawin pun, mereka datang untuk rewang*=gotong-royong. Anda pelik? Tak pelik????
Anda bayangkan seorang bangla yang tak mahir cakap melayu boleh rewang sama-sama anda masa kerja kawin… ini bukan bangla Malaysia tau, ini bangla-Bangladesh.
Ini bagi saya, kuasa Allah. Dan saya bersyukur kerana taman saya ini dapat menerima mereka yang ingin sama-sama membuat kebajikan. Saya sangat yakin, tidak semua tempat samaada kampung atau taman dapat menerima bangla sebagai salah satu anggota masyarakat. Sebaliknya, bangla-bangla atau indon-indon ini sering menjadi cercaan dan hinaan masyarakat. Apakah mereka semuanya jahat? Bukankah kebanyakan mereka beragama Islam.
Dan; saya sendiri selaku imam kedua di surau taman saya ini, memberikan tempat saya kepada salah seorang bangla tersebut, namanya Mohamad Al-Anam. Sungguh merdu dan fasih membaca al-Quran. Dia bermazhab Hanafi dan membaca Al-Quran mengikut Qiraat bukan seperti kita Hafs An-Aasim.
Jika anda ingin mendengar suara Imam Bangla… silalah datang ke taman saya, Taman Permata; insyaAllah setiap Maghrib dan Isyak (sebab siang dia kerja kilang kayu) kecuali malam Jumaat kerana imam satu mengambil tempatnya.
Maaf : Blog Direhatkan. Mac 5, 2008
Posted by alhawa in News.Tags: Alhawa, Blog, Makluman, PRU 12, Rehat
1 comment so far
Begitulah makluman untuk blog ini dan blog-blog alhawa yang lain.
Kerehatan ini penting kerana saya ingin sekali mengikuti perkembangan PRU ke-12 dengan lebih mendalam, lebih meluas dan lebih terperinci.
Walau apapun, saya bukanlah sesiapa di dalam PRU kali ini, dan saya akan menyambung semula blog-blog yang sedang direhatkan ini selepas pilihanraya nanti.
Maaf dan Jumpa lagi!
wassalam
azlan alhawa