Kelas Pantas Tarannum April 29, 2010
Posted by alhawa in Kelas Tarannum.Tags: Kelas Tarannum, Lagu Quran, Tarannum Al-Quran
add a comment
Kelihatan peserta-peserta Kelas Tarannum pada 23 April2010 yang lalu menunjukkan kesungguhan yang mengkagumkan. Keterangan kelas ke-2 kali ini ialah seperti berikut.
Jumlah Pelajar= 10 orang.
Tempat = Bilik Mesyuarat.
Lagu= Hijaz
Masa= 9.30=11.30 malam.
Pada minggu ini kelas tidak dapat dijalankan kerana masing-masing ada komitmen yang tidak dapat dielakkan. InsyaAllah kita bertemu lagi minggu hadapan dengan lagu Nahawand pula. (InsyaAllah jika tiada perubahan).
Salam mesra, jumpa lagi… Wassalam.
Azlan Al-Hawa
Ada minat, ada jalan. April 23, 2010
Posted by alhawa in Lain-Lain.Tags: Al-Quran, IKBN, Kelas, Mengajar, Mudah, Tarannum
2 comments
Belajar Tarannum memang tidak susah. Anda hanya memerlukan kelas 2 jam sahaja untuk menguasai satu-satu jenis lagu.
Berapa kali kelas 2 jam? Hanya sekali sahaja dan anda akan dapat kenal dan boleh membaca tarannum untuk satu lagu.
Kalau anda berminat, anda boleh mengatur 10-20 orang peserta dan anda jadik urusetia yang membolehkan kita berhubung dengan mudah.
Yang penting, lokasinya anda tentukan, sunyi dan duduk atas kerusi.
Wassalam
Satu Permulaan April 17, 2010
Posted by alhawa in Lain-Lain.Tags: Al-Quran, Belajar, IKBN, Kelas, Pagoh, Tarannum
add a comment
Malam tadi saya telah berjaya mengendalikan satu kelas di IKBN Pagoh. Kehadiran amat memuaskan kerana selama 2 jam berlangsung antara jam 9.30 mlm hingga 11.30 malam, semua peserta menunjukkan komitmen yang sangat saya kagumi.
Apa yang membuatkan saya lebih terharu ialah kehadiran Tuan Pengarah IKBN Pagoh , En. Hamid sendiri bahkan beliau turut membawa anaknya sekali (Haziq, 12) dalam kelas ini.
Tahniah IKBN Pagoh atas inisiatif ini. Minggu depan kita berjumpa lagi!
Kelas Tarannum Akan Dibuka April 12, 2010
Posted by alhawa in Lain-Lain.Tags: Al-Quran, Kelas, Mengajar, Mudah, Tarannum
add a comment
Kelas Tarannum akan datang bakal dibuka di Muazzam, Kluang dan Batu Pahat.
Selain itu, En. Harizan sudi menjadi urusetia di IKBN Pagoh bagi kelas Tarannum di sana.
Semoga mendapat keberkatan jua.



