About
Assalamualaikum.
Pertamanya, sudah tentu ucapan terima kasih tidak terhingga kepada kalian yang sudi hadir di laman blog saya ini. Kehadiran rakan-rakan sekalian tentu sekali atas kehendak Allah jua yang dizahirkan samaada keinginan anda mencari bahan-bahan berkaitan Tarannum ataupun ianya satu kebetulan, aturan takdir Allah semata-mata.
Nama saya Azlan bin Mohamad Ali. Saya merupakan anak jati Johor. Saya telah berumahtangga dan mempunyai seorang cahayamata perempuan. Bekerja sebagai penulis buku bebas, (pengkhususan: buku cerita kanak-kanak).
Jujurnya, saya bukanlah seorang pakar di dalam ilmu Tarannum atau Al-Quran khasnya. Saya lebih kepada peminat ilmu sendiri semata-mata. Hasil pemerhatian saya sepanjang saya mengenali erti Tarannum sejak 20 tahun yang lalu, saya akhirnya membuat kesimpulan bahawa; Tarannum itu sukar jika ia tidak dipermudahkan.
Sebagai hasilnya, saya telah berjaya mencipta beberapa kaedah yang mudah dan pantas di dalam mempelajari Tarannum. Kaedah-kaedah ini saya muatkan di dalam cabang al-hawa yang lain iaitu www.lamanbestari.wordpress.com yang akan dilancarkan kelak.
Akhirnya, suka saya menyatakan bahawa blog attarannum.wordpress ini dikhususkan untuk anda mengenal dan membezakan pelbagai jenis Tarannum yang ada sahaja, tidak lebih daripada itu. Jika rakan-rakan berminat untuk mengetahui ilmu-ilmu yang lain, hasil cabang daripada alhawa.wordpress, sila semak cabang-cabang blog yang telah saya susun dan bakal diterbitkan satu persatu tidak lama lagi.
Rasanya cukup dahulu pertemuan kita setakat ini. Saya mendoakan semoga blog ini memberi manfaat kepada kalian.
Wa ma taufiki illAllah.
Wassalamualaikum.
(BLOG INDUK : www.alhawa.wordpress.com )
azlan al-hawa
Salam,
Adakah cd dan buku tarannum hasil karya tuan ada di pasaran? Jika ada, di mana saya boleh mendapatkannya? Tq.
Salam.. sy lelaki berumur 25 tahun, sy mempunyai masalah tidak dapat menyebut huruf “R” dan “S” dgn sempurna dr kecil lagi. sy rajin mengaji dan berminat utk melaungkan azan tetapi perasaan malu dan tidak berkeyakinan menghalang semua tu, malah ia juga membantutkan kerjaya saya. sy harap sangat alhawa dapat membantu
Salam, tuan boleh cadangkan dimana sy boleh mndptkn klas taranum Al-quran di kwsn Sg. Nibong, Penang?
Dan aktiviti dakwah yg diadakan tuk tahun ni bg kaum muslimah?
along?