jump to navigation

PERSIAPAN AWAL Februari 5, 2008

Posted by alhawa in Persiapan Awal.
Tags: , , , , , , , , , , , , ,
trackback

Sebelum seseorang murid melangkahkan kaki ke dalam kelas Kaedah Dian ini, beberapa persedian awal harus dilakukan bagi memastikan perjalanan pembelajarannya itu berjalan lancar. Murid harus memastikan bahawa dirinya benar-benar bersedia bagi menghadirkan diri dalam sejumlah masa yang perlu diperuntukkan untuk kelas ini. Segala masalah di luar kelas harus dielakkan daripada berlarutan di dalam kelas samaada dengan tanda kehilangan ‘mood’ atau sikap tidak mengambil perhatian. Tidur yang cukup dan makanan yang dikawal sekurang-kurangnya seminggu sebelum kelas berlangsung menandakan murid tersebut benar bersungguh-sungguh ingin mendalami ilmu Al-Quran ini.

Makanan yang harus dielakkan (jika ternyata memberi kesan negatif kepada individu yang berkenaan sahaja) adalah;

  • o Berminyak (boleh menyempitkan saluran suara = lagu tinggi tersepit / lagu rendah kedengaran tidak lancar).
  • o Pedas (boleh menyebabkan tekak kering dan gatal = lagu tinggi pecah atau terputus-putus / lagu rendah tidak jelas, kabur)
  • o Kacang Tanah (boleh menyebabkan suara serak = lagu tinggi dan rendah tidak sempurna)
  • o Sejuk (boleh menyebabkan tekak mengecut = lagu tinggi sumbang / lagu rendah tiada masalah)
  • o Panas (boleh menyebabkan tekak mengembang = lagu tinggi dan rendah dibimbangi tidak dapat dikawal)
  • o Lain-lain Makanan / minuman yang menurut pengalaman murid memberikan kesan negatif terhadap deria / organ suaranya.

PERSIAPAN LAIN

Persiapan lain yang harus dibawa oleh murid ke dalam kelas ialah membawa bersama-sama  sebotol air kosong, buku catitan, pen, perakam suara seperti walkman (jika ada) dan kaset kosong. Murid juga perlu menyiapkan dirinya dengan hati yang ikhlas ingin mendalami ilmu-ilmu Allah ini. Apa jua kepentingan lain, anggaplah sebagai urusan Allah samaada akan mengurnaiakan kepada murid ataupun tidak.

Pakailah pakaian yang longgar dan tidak terlalu ketat sehingga menyebabkan kawalan suara di perut sukar.

PENYELESAIAN

Makan dan minumlah dengan kadar yang sederhana. Banyakkan makan / minum oat atau barli. Minuman Horlick dan kacang Soya asli juga bagus namun ia bergantung dengan keserasian murid itu sendiri. Makan dan minum dengan berlebihan sememangnya bukanlah perkara yang bagus, oleh itu makan, minum dan rehat yang secukupnya sudah memadai bagi membuat persiapan diri sebelum menjalani kelas Tarannum ini.

Biasakan selepas menggosok gigi pada awal pagi dengan memasukkan air ke dalam hidung, jangan sampai pedih, kadar yang termampu. Kesannya akan menyebabkan akan terasa ingin berludah sahaja. Ini perkembangan yang baik.

Banyakkan minum air masak yang tidak sejuk (ais) dan bukan juga panas. Minumlah air masak kosong setiap kali terasa haus. Dan jikalau sesekali ingin minum air sejuk atau panas, minumlah dahulu air masak kosong ini bagi mengelakkan tekak mengalami kejutan.

Cadangan ini bukanlah ‘Pantang’ yang wajib diikuti namun ia perlu bagi mereka yang inginkan kepuasan maksimun ketika mempelajari Tarannum ini. ‘Pantang’ ini hanyalah pemerhatian rambang yang mungkin benar pada sesetengah orang dan silap pada sesetengah yang lain terpulang pada bakal murid untuk mengikuti panduan ini atau tidak. Bagi saya, ada sesuatu yang harus murid ketahui; setiap penyakit ada ubat dan racunnya.

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: