jump to navigation

Tarannum : Mengapa anda belajar? Februari 19, 2008

Posted by alhawa in Lain-Lain.
Tags: , , , ,
trackback

Ini adalah soalan saya. Dan seharusnya anda tahu apakah jawapannya. Nah! Apakah jawapannya?

A/ Satu keistimewaan jika membaca dengan indah dan didengar pula sebagai indah.

B/ Anda percaya, ia boleh menambah kekhusyukan membaca Al-Quran.

C/ Ia adalah amalan para Sahabat, Tabi-iin dan pengikut-pengikut Tabi-iin.

D/ Mengisi masa lapang dengan amalan-amalan yang baik.

E/ Anda berjiwa seni dan memandang Tarannum sebagai seni. 

Apakah jawapan anda (yang jujur-sejujurnya.)

Jika anda diberikan 1 sahaja peluang untuk memilih = Pilihan anda huruf yang mana?

Jika 2 peluang diberi? Bagaimana pula?

Jika 3 peluang? Apakah yang menjadi pilihan anda?

Jika 4 peluang pula?? Apakah yang anda percaya, baki 1 sebab itu BUKAN yang membawa anda ke dunia Tarannum.

Bagaimana jawapan saya?

Jika soalan itu ditujukan kepada saya; jawapan saya ialah ; E/ Anda berjiwa seni dan jiwa anda memandang Tarannum itu juga sesuatu yang seni.

KETERANGAN jawapan saya.

Telah menjadi sunnat-Ullah. Setiap kejadian makhluk-Nya ada pelbagai ragam. Ada yang jiwanya kasar, ada yang lembut. Ada yang bijak dalam pentadbiran, ada pula bijak dalam ekonomi. Ada yang suka aktiviti lasak. Ada yang suka aktiviti mencabar minda di dalam bilik. Ada yang halus jiwanya, seni. Ada yang kasar jiwanya, kaku pada unsur-unsur lembut dan seni.

Itu sahaja keterangan saya. Lahir daripada fitrah jiwa anda yang seni itulah, anda meminati dan belajar Tarannum. Selepas itu barulah anda tercari-cari sebab lain yang menyokong.

Maka, janganlah melawan fitrah. Jika anda peminat seni, alirkan darah seni itu ke sungai yang membawa matlamat Rabbaniyah. Bukan pula disusuri sungai seni songsang. Tarannum bukan seni songsang. Seni songsang banyak di sekeliling kita sekarang dan anda kenal.

Akhir kata, jadikanlah minat yang mendalam itu suatu realiti dengan membawa diri anda ke pangkuan majlis ilmu. Usah cuba-cuba D.I.Y (Do it yourself), dalam ilmu beragama, D.I.Y hanya akan mengelirukan anda.

Semoga anda mendapat panduan berguna!

Jumpa anda di laman blog lain. Ada sesuatu yang baru di www.lamanbestari.wordpress.com . Ingin tahu.. Jomlah ke sana!

Wassalam.

azlan al-hawa 

Komen-komen»

1. nuriman - Februari 20, 2008

setakat ni berapa ramai yg belajar?ada tak orang pompuan ikut serta?kul berapa tu?kalau sy jadi pendengar kat skype saja boleh ke?sbb sy masih segan lagi ni..malam kul berapa?kalu siang byk lak kerja nak buat..kalu mlm free laaa…

2. alhawa - Februari 20, 2008

setakat ni takde lagi orang perempuan… janganlah malu mencuba.. jika lapang pada waktu siang, ‘ping’ YM saya pun tak apa jika lebih selesa berbanding Skype.

ada seorang perempuan dari selatan tetapi masih juga mencari masa yang sesuai.

name saya YM & skype = azlansenggarang

3. zaid - April 12, 2008

apakah pendapat anda tentang belajar tarannum hanya melalui CD ataupun cakera padat yang lain?dan bagaimana pulak nak hilangkan rasa malu ketika belajar tarannum?

4. alhawa - April 15, 2008

zaid >> belajar pada zaman sekarang ada pelbagai cara. mengapa tidak boleh dengan CD? tetapi sudah tentu berlainan kualiti pembelajarannya. tentang malu; belajar tarannum berkaitan suara, jika malu untuk bersuara; kita tidak tahu kemampuan diri sendiri dan sukar memperbaiki jika ada kelemahan.

5. Mohd Firzuann Bin Mohd Dan - Oktober 10, 2011

maafkan saya.. tak berapa faham nih.. laman nih untuk belajar ape yerk… blaja quran ker…?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: