jump to navigation

Kaedah Dian Percuma Sempena Menyambut Ramadhan. Julai 1, 2012

Posted by alhawa in Baiyati, CD Tarannum, Kelas Tajwid, Kelas Tarannum.
Tags: , , ,
1 comment so far

Assalamualaikum para pengunjung sekalian.

Saya tidak dapat menulis panjang lebar pada awal pagi ini. Cuma sebagaimana tajuk di atas, saya akan meng-upload beberapa kaedian Dian di YouTube kepada public. Semoga dapat dimanfaatkan. Bagi peminat yang telah membeli kaedah ini, saya sudah menyediakan satu tawaran istimewa kaedah yang baru untuk kita semua mendalami Al-Quran.

Salam Ramadhan..

Azlan

 

* Sila jejaki video saya di YouTube melalui nama samaran saya ‚Äúputihitam”. Sila ikuti blog saya kerana sedikit masa lagi saya akan bagi link untuk Full Version kaedah ini.

Advertisements

Kelas Tajwid 12 Mei 2010 Mei 19, 2010

Posted by alhawa in Kelas Tajwid, Lain-Lain.
Tags: , , , , , ,
add a comment

Satu kelas Tajwid (Kaedah Aslan) iaitu kaedah mudah belajar Tajwid telah diadakan di IKBN Pagoh. Kelas yang berlangsung bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang.

Pada asalnya, kelas dirancang diadakan di masjid namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Urusetia telah memindahkan lokasi ke dalam perpustakaan.

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada Saudara Harizan dan khusus buat Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah dan semua kakitangan yang terlibat sebagai urusetia mahupun peserta.

Apa yang istimewa, pentadbir tertinggi IKBN Pagoh turut serta dalam kelas ini termasuk 6 orang peserta wanita.
Semoga dapat bertemu lagi. Mudah-mudahan usaha kita ini, mendapat keberkatan dan perhatian daripada Allah jua.
Salam ukhwah,

Azlan Al-Hawa