jump to navigation

Contact

Jika anda berminat mendapatkan maklumat lanjut, ingin memberi komen, ingin berkongsi pengetahuan, ingin menjadi sebahagian ‘alhawa’ atau sebagainya; sila hubungi saya melalui e-mail iaitu:-

lamanbestari@yahoo.com

Semua e-mail akan dijawab pada kadar segera yang mungkin. Suka saya maklumkan, e-mail yang mengandungi unsur-unsur yang mungkin tidak sesuai dengan ruh Islam, mungkin kurang diberi tumpuan.

(BLOG INDUK : www.alhawa.wordpress.com)

azlan al-hawa

Komen-komen»

1. azmi - Februari 12, 2008

Assalamualaikum,
1. Saya sangat berminat untuk mempelajari tarannum (belum pernah belajar sebelum ini). Boleh tak maklumkan dimana pihak tuan mengadakan kelas tersebut?(juga hari dan masa). Saya di UTM, Sekudai.
2. Saya cuba cari contoh bacaan tarannum yang menurut pihak tuan telah di ‘upload’ dalam e-book tetapi setakat tak jumpa dimana bacaan tersebut – yang ada cuma tarannum Soba (You- tube). Bayati, etc?

2. alhawa - Februari 12, 2008

Waalaikum Salam.

Berkenaan soalan Saudara Azmi.

1. Buat pengetahuan Saudara Azmi, pada masa sekarang, saya hanya mengadakan kelas jika terdapat rakan / kenalan / rakan kongsi yang dapat menyediakan jumlah pelajar samaada di premis kekal atau sementara. Jika Saudara Azmi ada rakan-rakan dan lokasi yang sesuai, boleh berhubung semula dengan saya. Ya! Hanya 8 jam dalam masa 2 hari atau jika saudara Azmi ‘tahan’, satu hari, 8 jam pun boleh. Tiada jumlah minima pelajar, yang terbaik ialah 5-10 orang.

2. Contoh Tarannum boleh didapati di dalam blog ini, http://www.attarannum.wordpress.com di atas sana, bertajuk TARANNUM, kedudukannya antara Contact dan Another Alhawa’s. Jika inginkan contoh teori Kaedah Dian, sila ke blog yang khusus iaitu; http://www.lamanbestari.wordpress.com.

Semoga kita akan berhubung lagi!

3. mat - April 18, 2008

cadangan ana,banyakkan mendengar dan meniru corak lahjah,burdah,jalanan arab….berlagu org kita ni kebanyakkanya jawi jeeeee…..ngaji mcm ckp melayu je….org melayupun blh tiru arab….walau tak sama betulpun…sekurang-kurangnya ada mirip arab…quran bahasa arab..bukan bahasa lain..ana lebih berminat dan banyk belajar dari arab…layari http://www.qari-qariah.blogspot.com

4. alhawa - April 21, 2008

mat >> terima kasih atas cadangan saudara. tetapi tentu sekali saudara maklum, mereka yang meminati tarannum tidak seharusnya dibatasi dengan kekekangan dan kepayahan apatahlagi belajar tanpa ada jangka masa yang boleh membuatkan mereka@pelajar fokus.

maksud saya, pengajar atau mereka yang mahir harus menumpukan pada usaha menyampaikan ‘intipati ilmu’ yang mudah terlebih dahulu. tidak mengapa ala jawi, jawa, bugis, atau etnik apa sekalipun. jika ada sesiapa berminat belajar dari arab, silakan. tetapi dalam hal ini, dengan rendah diri nampaknya saya kelihatan tidak sama pendirian kepada mereka yang berpendapat belajar ilmu agama seharusnya mendalami bahasa Arab terlebih dahulu.

Yang perlu mendalami bahasa Arab atas tujuan menguasai ilmu agama ialah mereka yang bertugas sebagai pengajar atau pendakwah. tetapi makcik2 yang berniaga kuih, atau pakcik nelayan, atau abang bawak teksi, adik2 yang kerja kat opis dll…; belajar bahasa Arab sebelum belajar apa jua ilmu berkaitan agama;hanyalah pilihan kerana yang penting bagi mereka, sampai ilmu yang mudah, tepat dan praktikal buat mereka.

Wallahu a’lam.

5. azlan - April 29, 2008

Saya berminat dengan taranum dan sedang belajar sedikit dan bagi saya ianya amat penting kerana melaluinya kita dapat mempelajari kesilapan tajwid dan pelbagai lagi

6. mat - Jun 26, 2008

harap jgn salah faham saranan ana,ana cuma cadangkan kita ni perlu perbanyakkan dengar dan meniru2 lahjah,sebutan,jalan lagu arab selalu….tak salah kita belajar dgn sesapepun untk awalan niiii……tp jika mau lebih bagus n mantap jadikan bacaan arab keutamaan cinta kita tu…..harap jgn salah sangka niat ana ni……maaf ye kalau trsinggung……ana kenal anta….cuma anta blm kenal anta…..heeeee..

7. alhawa - Jun 26, 2008

mat> terima kasih atas pandangan saudara.. nampaknya kita ni satu jalan (mengembangkan ilmu Al-Quran) tetapi berlainan cara..

tak apalah. walau apa kaedah yang digunakan, yang penting niat kita untuk kebaikan ummah; asalkan tidak menyalahi syarak pelaksanannya.

saya tidaklah tersinggung sebaliknya sangat setuju dengan saranan saudara. cuma ada beberapa bahagian, tidak salah rasanya kita berlainan pendapat. saya juga sangat meminati syeikh khalil khusairi kerana kefasihan sebutan dan tajwid yang tepat.

semoga berjumpa lagi.. kenal saya?? di mana yaaa?

8. sob - Julai 18, 2008

moga kita dapat link blog sama

9. saladen - Disember 1, 2008

assalamualaikum..
menurut sejarah taranum yg dibawa ke malaysia oleh haji ahmad massom pergau ketika dulu mempunyai luhjah2 arab
beliau smpt berguru dgn sh mustafa ismail..
jln yg dibawakan n mkhorijul huruf hmpir tepat dgn luhjah arabiah.
sy juga penggemar burdah2 arb, sehungga sentiasa ditegur guru2 jawi mengtakn lagu sesat.sy pernah berguru dgn pak masni..sorg murid muammar za.
dan sekarang sy berguru dgn sh hamid..sorg pior mesir..dn apa yg sy dpt..selagi kita berkiblatkan indonesia dlm taranum..kt tidak akn dpt zuk yg sebenar dlm melayari lagu quran..

10. saladen - Disember 1, 2008

apa yg penting dlm taranum pertamanya ikhlas
lain-lainnya kamu mesti mempunyai nada kamu sendiri
nafas yg mencukupi. berlagu tidak mempunyai key atau marking sound..spt menyanyi. suara kitalah memainkan peranan sbg alat music,not d sbgnya.
jika pada tingkatan qoror kita gagl membawa suara kita sebenar..pd tingkatan jwbubul jwb pasti tersasar.
bagi penggemar lenggok arab, suara harus lah keluar dr tgh perut..sedikit melalui mulut dn sedikit melalui hidung..
penahanan nafas adalah dgn pinggul dan dada..awas..cara ini memerlukan nafas yg panjang.tiap2 lagu ada key yg tersendiri. harus dicari agar tiap letak suara pada asli lagu tepat dgn ketinggian suara yg tertinggi..
seperti sy..pada lagu hijaz dan soba sy menggunakan key A, nahawand C, suara tdk lah perlu tinggi hingga bertempik spt kebanyakan qori ketika melagukan hijaz kard kurd..
cukup dgn memicingkan sedikit suara kedahi..apa lg kalau sblumnya diajam sedikit.nescaya suara yg rendah tampak hebat sekali

11. saladen - Disember 1, 2008

bnyk lg tips2 yg sy ingin berkongsi tetapi syg say tdk penah berjumpa satu blog yg boleh kita berbual secara interaktif.teman2 semua kalau ada ruang utk kita berkongsi ilmu tranum maklumkan kpd saya di emai.saladen_ga@yahoo.com terima kasih

12. amirulz - Disember 7, 2008

bolehlah belajar di :
Seminar Tarannum Al Quran yang akan diadakan di Masjid Saidina Abu Bakar Al Siddiq Bangsar,K.Lumpur pada 28hb.Disember 2008 jam 9.00 pagi hingga 5.30 ptg.Pensyarah ialah AF.Ust.Hj.Radzi Kamarul Hailan – Juri Tarannum AQ-TV9
Untuk pendaftaran sila hubungi : 019-4774114 Ust.Amirul

13. Zol - Mac 19, 2009

Salam Ust Amirul,
Sekiranya ada lagi seminar tarannum tahun 2009 ni, tolonglah beritahu ya. Tk

14. Azhar - Jun 3, 2009

Salam Ust Amirul,

Sekiranya ada lagi seminar tarannum tahun 2009 ni, tolonglah beritahu ya. Tk

15. shari - Jun 13, 2009

maaf saya kurang faham akan corak bacaan tarramun.Apakah ia sangat perlu ada pengatuhan asas tajuwid dan sebutan huruf.Bagi yang tiada asas bagaimana.Adakah bacaan masih bertajwid.Apakah beza bacaan Tadarus dan Tarranum.Maaf zaman sekarang ini,ada quran bertajwid tapi kenapa tiada yang bertarranum.Dan belajar melalui buku dan CD tarranum seperti ada jual di laman web..boleh ke,ustaz.

16. warispatinggi - Oktober 30, 2009

kalau tak silap saya,tausikh bayati yang dipaparkan di sini ialah qari dari indonesia,muammar….so cam mana ni ? yang jual cd ni ..siapa cipta,siapa punya hakcipta,siapa jual

alhawa - April 23, 2010

memang ia suara muammar… saya tidak menjual hakcipta muammar. ia cuma contoh2 yang mana saya ada kaedah saya sendiri.

17. pengemis ilmu - April 2, 2010

salam…………nak buat psanan cd tarannum macam mna…????

alhawa - April 23, 2010

maaf, buat masa sekarang saya tumpukan kelas. walau bagaimanapun, cd-cd masih saya susun tetapi oleh kerana saya mahu melakukan pelbagai penambaikkan, ia mengambil masa yang sangat panjang..

18. Amirul - Disember 4, 2010

Asslamualaikum,

Saya begitu berminat untuk mempelajari Tarannum. Adakah tuan ada membuat kelas tarannum di Batu Pahat?
Jika ada, boleh tuan memberi sedikit info kepada saya.

19. Nik Nurfahana Binti Ibrahim - Februari 27, 2012

Salam, saya berada di Bandar Kota Bharu, negeri Kelantan berminat untuk belajar ilmu Tarannum..ada tak kelas di negeri Kelantan?..

20. rasiya binti misnadi - Mei 30, 2012

assalamualaikum……saya ingin bertanya, area johor bahru lokasi mana yang ada mengajarkan kelas tarranum & tajwid ( complete )….sbb saya ingin menghantar ank saya belajar tarannum pada peringkat awal….skrg umur ank prm saya 7 tahun ..

21. http://anateurwebcamsex.blogspot.com - September 14, 2013

Some posts make you laugh, some posts make you feel sad, this
particular one made me think, and that is better
than anything else.

22. Faiz - Jun 12, 2015

Ada tak kelas asas tarannum di kelantan ( kota bharu)..saya sangat berminat..

23. Nur Alia Nadia Binti Mohd Razal - Disember 28, 2017

assalamualaikum. sy alia daripada kota bharu . sy nak belaja tarannum alquran . tahu tak dimana tempat yg sy boleh belajar sekitar d kota bharu ?

24. ZafarHanif - Februari 4, 2019

Salam…boleh ka kalu ajar tarannum secara personal?


Tinggalkan Jawapan kepada Faiz Batal balasan