jump to navigation

Kaedah Dian Percuma Sempena Menyambut Ramadhan. Julai 1, 2012

Posted by alhawa in Baiyati, CD Tarannum, Kelas Tajwid, Kelas Tarannum.
Tags: , , ,
1 comment so far

Assalamualaikum para pengunjung sekalian.

Saya tidak dapat menulis panjang lebar pada awal pagi ini. Cuma sebagaimana tajuk di atas, saya akan meng-upload beberapa kaedian Dian di YouTube kepada public. Semoga dapat dimanfaatkan. Bagi peminat yang telah membeli kaedah ini, saya sudah menyediakan satu tawaran istimewa kaedah yang baru untuk kita semua mendalami Al-Quran.

Salam Ramadhan..

Azlan

 

* Sila jejaki video saya di YouTube melalui nama samaran saya “putihitam”. Sila ikuti blog saya kerana sedikit masa lagi saya akan bagi link untuk Full Version kaedah ini.

CD Kaedah Dian (Versi 2010) Mei 11, 2010

Posted by alhawa in CD Tarannum.
Tags: , , , , , , , ,
add a comment

Sila lawat www.lamanbestari.wordpress.com untuk panduan tempahan. Kepada yang berminat dan menantikan CD saya ini, semoga kalian mendapat sesuatu yang bernilai!

Salam hormat

Azlan Al-Hawa

Ada minat, ada jalan. April 23, 2010

Posted by alhawa in Lain-Lain.
Tags: , , , , ,
3 comments

Belajar Tarannum memang tidak susah. Anda hanya memerlukan kelas 2 jam sahaja untuk menguasai satu-satu jenis lagu.

Berapa kali kelas 2 jam? Hanya sekali sahaja dan anda akan dapat kenal dan boleh membaca tarannum untuk satu lagu.

Kalau anda berminat, anda boleh mengatur 10-20 orang peserta dan anda jadik urusetia yang membolehkan kita berhubung dengan mudah.

Yang penting, lokasinya anda tentukan, sunyi dan duduk atas kerusi.

Wassalam

Satu Permulaan April 17, 2010

Posted by alhawa in Lain-Lain.
Tags: , , , , ,
add a comment

Malam tadi saya telah berjaya mengendalikan satu kelas di IKBN Pagoh. Kehadiran amat memuaskan kerana selama 2 jam berlangsung antara jam 9.30 mlm hingga 11.30 malam, semua peserta menunjukkan komitmen yang sangat saya kagumi.

Apa yang membuatkan saya lebih terharu ialah kehadiran Tuan Pengarah IKBN Pagoh , En. Hamid sendiri bahkan beliau turut membawa anaknya sekali (Haziq, 12) dalam kelas ini.

Tahniah IKBN Pagoh atas inisiatif ini. Minggu depan kita berjumpa lagi!

Kelas Tarannum Akan Dibuka April 12, 2010

Posted by alhawa in Lain-Lain.
Tags: , , , ,
1 comment so far

Kelas Tarannum akan datang bakal dibuka di Muazzam, Kluang dan Batu Pahat.

Selain itu, En. Harizan sudi menjadi urusetia di IKBN Pagoh bagi kelas Tarannum di sana.

Semoga mendapat keberkatan jua.

Maklumat diri saya.. Oktober 24, 2009

Posted by alhawa in Lain-Lain.
Tags: , , , ,
4 comments

Assalamualaikum

Sahabat-sahabat sekalian.

Jika anda benar-benar berminat untuk belajar tarannum (asas belajar tarannum), saudara saudari sekalian boleh menghubungi saya di talian 019-7156781 (Azlan). (saya lebih suka SMS).

Walau bagaimanapun, saya hanya dapat mengajar kalian jika kalian sanggup datang ke rumah saya di kluang pada hari sabtu.

Jika kalian ada cadangan masa lain, kalian boleh bagitau saya tetapi selain sabtu saya memang agak sukar…

Walau bagaimanapun, jika kalian tinggal di Bera / Triang / Temerloh, saya boleh pertimbangkan hari selain Sabtu & Ahad tetapi ia masih bergantung kelapangan masa saya.

Bayaran adalah ikhlas kerana saya belum dapat memberikan komitmen 100% atas projek ini.

Semoga anda mendapat manfaat dengan maklumat terbaru ini.

KAEDAH DIAN – Asas Januari 14, 2009

Posted by alhawa in Lain-Lain.
Tags: , , , , ,
add a comment

Harap kalian dapat membaca tulisan saya di www.alhawa.wordpress.com terlebih dahulu sebelum mendownload.

LINK UNTUK DOWNLOAD

http://www.4shared.com/file/80522602/e8988e06/SifirTarannumDIAN.html

SOFTWARE DIPERLUKAN
Apa-apa zip software. Ia dalam bentuk *.rar

HARGA
Ikhlas saya berikan. Tetapi jika ingin menyumbang, sila masukkan ke dalam akaun saya iaitu;

CIMB : 0107-0066358-52-3

KUALITI AUDIO
Kurang memuaskan. Ia adalah asli sebelum diedit.

TARIKH KAEDAH INI DICIPTA
Sekitar 2004-2006

ADA KAEDAH LAIN YANG TERKINI?

Ada.

Sekali lagi saya harapkan, sila baca tulisan saya di http://www.alhawa.wordpress.com terlebih dahulu sebelum download.

Sinar Al-Quran Di Ramadhan September 9, 2008

Posted by alhawa in News.
Tags: , , , ,
add a comment

Maaf sebanyak-banyaknya jika saya sudah lama menghilang. Bukan ke-mana hanya terlalu sibuk, jujur: terlalu sibuk dengan masa yang sangat terbatas.

Atas sebab itulah, saya ‘hilang’ hingga order-order VCD Tarannum tidak dapat saya penuhi. Namun, atas tanggungjawab saya membina blog ini.. insyaAllah..saya akan aktif selepas ini.

wassalam.

azlan

(bateri hp abis)

Inilah VCD Tarannumnya. Jun 20, 2008

Posted by alhawa in CD Tarannum.
Tags: , , , , , , ,
21 comments

Ramai pembaca blog ini menghantar email kepada saya kerana keliru dan menyangka bahawa VCD yang sedang saya promosikan itu adalah KAEDAH DIAN-Belajar Tarannum 8 Jam.

Suka saya nyatakan, bahawa KAEDAH DIAN masih lagi dalam perancangan untuk dibuat VCD-untuk tujuan jualan di sini; walaupun saya telah cuba seberapa kemas yang boleh menyusun-semula kaedah tersebut agar dapat dikongsi dengan anda semua.

Harap anda bersabar dengan VCD KAEDAH DIAN tersebut.

Walau bagaimanapun, sebagai gantinya, saya telah menyediakan satu pilihan lain kepada anda yang baru cuba berjinak-jinak dengan pelajaran Tarannum Al-Quran. Kemunculan VCD berharga RM15 ini, InsyaAllah dapat membantu anda! Harap maklum, bayaran Pos Semenanjung ialah; RM6 manakala Sabah/Sarawak ialah; RM10.

Setakat hari ini; saya masih ingin memberikan 2 VCD Percuma kepada anda yang berminat dengan VCD-VCD Tarannum ini. Siapa cepat dia dapat! RM15 bukan untuk 1 VCD tetapi 3…

======================================================================

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Azlan Mohamad Ali

VCD PERTAMA

<– Mengandungi teori dan istilah penting dalam pembelajaran Tarannum. Dibahagikan kepada 3 Slot. Slot Pertama; Pengenalan Tarannum. Slot Kedua; Teori Penting Dalam Tarannum. Slot Ketiga; Bacaan Tarannum; 7 Lagu Al-Quran.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

VCD Kedua

VCD KEDUA

Mengandungi salah satu kaedah mudah / pantas –> mempelajari Tarannum; Secara Sifir / Tausikh. Mengandungi pelajaran 7 buah lagu Tarannum.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

VCD Ketiga

VCD KETIGA

(BAHASA ARAB 100% ; Belum Dibuat Terjemahan)

<– Sesuai untuk mereka yang ingin mengulangkaji pelajaran Tarannum (contohnya daripada VCD Kedua). Mengandungi bait-bait syair selain contoh-contoh bagaimana bacaan Surah dalam solat kita dapat dilagukan dengan contoh 7 Lagu Tarannum Al-Quran.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Buku Panduan

BUKU 1

Kelihatan ringkas sahaja bukan? Memang ringkas. Tetapi sangat berguna. Buku ini menyokong VCD Kedua. Mengandungi teks bagaimana belajar Tarannum boleh secara sifir. Buku ini anda tidak dapati di dalam blog saya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Buku Panduan

BUKU 2

Buku ini merupakan Asas kepada Kaedah Dian. Buku ini hanya mengandungi Teori sahaja dan beberapa panduan penting. Anda jangan rasakan buku ini terlalu ringkas. Selepas anda memilikinya, barulah anda tahu. Ada banyak kelainan berbanding buku-buku lain di pasaran. (Maaf; saya memang penulis buku.)

=========================================================================

Sesungguhnya bayaran RM 15 + (POS) merupakan bayaran untuk menampung kos sahaja. Dapatkah anda bayangkan berapa lama masa saya luangkan untuk menyusun semuanya. Jika tidak kerana kekuatan dan keizinan Allah, mungkin sudah lama saya berputus asa.

Saya sangat gembira jika anda dapat menguasai salah satu ilmu-ilmu Al-Quran ini. Itulah matlamat saya. Kepuasan saya.

Sebarang pertanyaan, sila emailkan ke- azlansenggarang@yahoo.com untuk tujuan perbincangan selanjutnya seperti cara pembayaran dan alamat pos.

Semoga berjumpa lagi!

Wassalam

azlan al-hawa

www.alhawa.wordpress.com ~ Blog Pemikiran

www.lamanbestari.wordpress.com ~ Blog Pengajian Al-Quran

Mudah-Mudahan Usaha Baik DiPermudahkan Allah Jua~~~~~~~

Video Klip Tausikh Tarannum Baiyati Mei 21, 2008

Posted by alhawa in Lain-Lain.
Tags: , , , , , ,
7 comments

Contoh Video Klip Tausikh Tarannum Baiyati telah saya upload di Youtube. Sebagai pilihan lain, sila klik pautan/ link di bawah!!

Semoga anda datang lagi!

(Saya sekarang sedang berusaha menghubungi mereka yang telah membuat tempahan CD-CD saya. Harap maaf, sejak beberapa ketika, saya sukar online atas sebab-sebab tertentu dan tidak dapat mengemaskini blog mahupun membuat sebarang tindakan susulan atas email tuan/puan)

email ke: azlansenggarang@yahoo.com