jump to navigation

Petua Membaiki Suara Mac 25, 2008

Posted by alhawa in News.
Tags: , , , , ,
trackback

Anda teringin bersuara merdu? Tentu jawapan anda YA…tetapi bila mengenangkan kemampuan diri, kadangkala timbul rasa rendah diri… “Tak apalah. Suara sedap pun buat apa. Bukan nak guna sangat. Ni dah boleh bercakap pun syukur.”…mungking terkeluar kata-kata ini daripada mulut anda..

Tapi, benarkah ada kaedah untuk membaiki suara?? Jawapan saya; YA.. ada.

Anda MESTI membaca Tips-tips di bawah samaada ‘meninggalkan terus’ atau ‘mengurangkan’… bergantung pada diri sendiri laa.. Kalau anda serius, tinggalkan terus lagi bagus.

1) Merokok..

2) Makanan berminyak.   Cth:- Mee Goreng (yang banyak minyak) atau karipap (serap minyak..<kes minyak tak cukup panas la nie..>)

3) Makanan bergetah / termasuk air buah yang bergetah.

4) Minuman ber ‘kaffin’ macam kopi, nescafe, macam-macam jenis kopi segera dan seumpamanya.

5) Coklat-coklat… (apa jenis sekalipun…mahal ke..murah ke..)

6) Air klorin.. (usahakanla minum air yang bertapis. SAJ=Syarikat Air Johor kadang-kadang bekalkan air berkeladak gak. Nasib baik ada tapis..)

PETUA MENJAGA

1) Bangun tidur pagi-pagi, minum air masak kosong sebelum gosok gigi. Sebaik-baiknya suam-suam sikit (eii gelinyer…!! ada antara anda ungkapkan macam tu… Saya bagi petua jer. Lagipun, yang minum mulut sendiri..)

2)  Sediakan Teh Papermint ataupun Teh Pudina. (Boh ada keluarkan tapi kalau dapat daunnya yang segar lagi bagus.) Bancuh dengan madu lebah asli, suam-suam.

3) Belajar menjerit (bukan Luar Kawalan yerrr..), di dalam sebekas air. Jangan mengaji tapi gunakah ..” Laa..Laa..Laa..”.

4) Ohh..lupa nak bagitau.. Lepas minum air pagi-pagi tadi, mestilah nak gosok gigi. Lepas kumur-kumur cuci mulut, lepas gosok gigi, sebelum berwuduk Solat Subuh, masukkan air dalam hidung. Tarik air masuk guna hidung, dalam-dalam. Pastu cuba keluarkan ikut mulut seberapa banyak yang mampu.

5) Tulang bahu & tulang belakang memainkan peranan menampung udara-udara nafas kita. Cuba kawal pergerakan badan semasa membaca Al-Quran.

6) Duduklah dengan tetap dan seimbang. Duduk Tahiyat Awal = tak seimbang.

KALAU SUARA TAK ELOK JUGAK….

1) Mungkin ada masalah kerongkong. = kena operation sikit kat doktor tekak.

2) Mungkin masalah kahak banyak sangat. = kena buangla. Cara terbaik herba-herba traditional la.

….. Rasanya cukuplah dulu…(nak semayang Subuh..Jom berjemaah!!) Lain masa berjumpa lagi!! Nantikan CD-Tarannum saya k!..

Semoga berjaya..

Wassalam..

azlan al-hawa 

Komentar»

1. wan - Ogos 22, 2008

macam mana cara meningkatkan suara nada saya ke tingkatan suara jawab’uljawab yang paling tinggi dan mungkin ada pantanglarangnya dalam pemakanan.harap dapat balas secepat mungkin.

2. nabil - Ogos 22, 2008

macm mane nak hilgkan kahak?
nak kluakan susah ah..

3. Via - Oktober 30, 2008

Saya mengalami masalah suara sarut(suara yg kedengaran kasar dan terputus@.susah didengari &difahami).Bila nak bercakap,saya rasa susah nak kawal suara dan leher saya menegang.Semua orang yang terdengar suara saya akan bertanya kenapa suara teruk mcm tu…memang malu kena pula saya nie perempuan.saya slalu x yakin bila berkomunikasi dgn org lain….
Saya pernah berjumpa dgn doktor tp doktor bg ubat sakit tekak sahaja….saya nak minta tolong berilah petua2 kpd saya mcmana nak baiki suara…(baik ckit pun dh kira ok…)

4. BOHUS@TAZ - November 30, 2008

assalamualaikum,saya adalah hamba Allah yang ingin mencuba memberi petua serba sedikit tentang memperbaiki suara.Pertama sekali saudari menjaga pantang larang seperti jangan banyak minum air batu.Mungkin itu sebab suara saudari susah nak kawal.Kedua Jangan makan banyak sambal dan berminyak.Lain2 tawakal kepada allah.

5. muhd fadhil - Mac 20, 2009

boleh berikan tips cara peningkatan suara..untuk korus yang tinggi…

6. dafi lutya - Mac 25, 2009

askum..
cm ner plak klu nk hlg kan gemento mse ade ats pentas..
hehehe..
da lebih 5 kali jd wakil tp x bley hlg lg rase gemento tu…

7. Hir - Ogos 18, 2009

saya memang pernah menyanyi…tapi lama2 susahlah apabila korus lagu tu tinggi…dulu lagu yang tinggi…sayalah rajanya…sekarang hambanya…..:(

8. Hir - Ogos 18, 2009

Mungkin juga…saya suka minum byk air berkaffin….ermmm…

9. Faaeq - November 17, 2009

saya inginkan suara serak-serak basah..ada tak tips bg suara serak-serak basah bro?