jump to navigation

Saya nantikan komen anda. Februari 11, 2008

Posted by alhawa in Lain-Lain.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
5 comments

Alhamdulillah. Walaupun, laman blog www.attarannum.wordpress.com ini baru dilancarkan seminggu, saya telah menerima banyak hits daripada saya kira peminat-peminat Tarannum al-Quran.

Hal ini sangat menggembirakan saya kerana situasi sedemikian membuatkan saya lebih bersemangat mengemaskini dan meng-upload bahan-bahan lain ke dalam blog ini.

Sebelum saya terlupa, saya sememangnya sangat menantikan komen-komen daripada anda semua demi penambahbaikan blog saya ini. Anda mungkin seorang pelajar, guru, pengkritik, peminat atau anti kepada tarannum al-Quran. Walau apa jua posisi diri anda, silalah beri pandangan terhadap blog saya ini.

Itu saja yang ingin saya luahkan di sini buat sementara ini. Saya nantikan komen anda!

Pelbagai Tarannum Telah Di-Upload Februari 7, 2008

Posted by alhawa in Lain-Lain.
Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
add a comment

Kini anda boleh mendengar dan mengenal pelbagai bentuk tarannum yang asas. Saya mulakan, sudah tentu dengan lagu Baiyati, Sobah, Hijaz dan Nahawand sebelum lagu-lagu yang lain.

Pada post yang akan datang, saya akan menghalusi setiap lagu-lagu tersebut agar lebih jelas kepada kita perbezaan daripada sudut teori dan sebutan. Saya berharap anda semua tidak akan pergi jauh dan melupakan laman blog ini. Andai anda adalah peminat tarannum, di sini adalah pilihannya.

 Jumpa lagi!

 azlan al-hawa

Contoh Tarannum : Sobah Februari 5, 2008

Posted by alhawa in Lain-Lain.
Tags: , , , , , , , , , , , , ,
4 comments

Oleh Rakan merangkap Guruku;

Imam Syukri Bachok. 

PERSIAPAN AWAL Februari 5, 2008

Posted by alhawa in Persiapan Awal.
Tags: , , , , , , , , , , , , ,
add a comment

Sebelum seseorang murid melangkahkan kaki ke dalam kelas Kaedah Dian ini, beberapa persedian awal harus dilakukan bagi memastikan perjalanan pembelajarannya itu berjalan lancar. Murid harus memastikan bahawa dirinya benar-benar bersedia bagi menghadirkan diri dalam sejumlah masa yang perlu diperuntukkan untuk kelas ini. Segala masalah di luar kelas harus dielakkan daripada berlarutan di dalam kelas samaada dengan tanda kehilangan ‘mood’ atau sikap tidak mengambil perhatian. Tidur yang cukup dan makanan yang dikawal sekurang-kurangnya seminggu sebelum kelas berlangsung menandakan murid tersebut benar bersungguh-sungguh ingin mendalami ilmu Al-Quran ini.

Makanan yang harus dielakkan (jika ternyata memberi kesan negatif kepada individu yang berkenaan sahaja) adalah;

  • o Berminyak (boleh menyempitkan saluran suara = lagu tinggi tersepit / lagu rendah kedengaran tidak lancar).
  • o Pedas (boleh menyebabkan tekak kering dan gatal = lagu tinggi pecah atau terputus-putus / lagu rendah tidak jelas, kabur)
  • o Kacang Tanah (boleh menyebabkan suara serak = lagu tinggi dan rendah tidak sempurna)
  • o Sejuk (boleh menyebabkan tekak mengecut = lagu tinggi sumbang / lagu rendah tiada masalah)
  • o Panas (boleh menyebabkan tekak mengembang = lagu tinggi dan rendah dibimbangi tidak dapat dikawal)
  • o Lain-lain Makanan / minuman yang menurut pengalaman murid memberikan kesan negatif terhadap deria / organ suaranya.

PERSIAPAN LAIN

Persiapan lain yang harus dibawa oleh murid ke dalam kelas ialah membawa bersama-sama  sebotol air kosong, buku catitan, pen, perakam suara seperti walkman (jika ada) dan kaset kosong. Murid juga perlu menyiapkan dirinya dengan hati yang ikhlas ingin mendalami ilmu-ilmu Allah ini. Apa jua kepentingan lain, anggaplah sebagai urusan Allah samaada akan mengurnaiakan kepada murid ataupun tidak.

Pakailah pakaian yang longgar dan tidak terlalu ketat sehingga menyebabkan kawalan suara di perut sukar.

PENYELESAIAN

Makan dan minumlah dengan kadar yang sederhana. Banyakkan makan / minum oat atau barli. Minuman Horlick dan kacang Soya asli juga bagus namun ia bergantung dengan keserasian murid itu sendiri. Makan dan minum dengan berlebihan sememangnya bukanlah perkara yang bagus, oleh itu makan, minum dan rehat yang secukupnya sudah memadai bagi membuat persiapan diri sebelum menjalani kelas Tarannum ini.

Biasakan selepas menggosok gigi pada awal pagi dengan memasukkan air ke dalam hidung, jangan sampai pedih, kadar yang termampu. Kesannya akan menyebabkan akan terasa ingin berludah sahaja. Ini perkembangan yang baik.

Banyakkan minum air masak yang tidak sejuk (ais) dan bukan juga panas. Minumlah air masak kosong setiap kali terasa haus. Dan jikalau sesekali ingin minum air sejuk atau panas, minumlah dahulu air masak kosong ini bagi mengelakkan tekak mengalami kejutan.

Cadangan ini bukanlah ‘Pantang’ yang wajib diikuti namun ia perlu bagi mereka yang inginkan kepuasan maksimun ketika mempelajari Tarannum ini. ‘Pantang’ ini hanyalah pemerhatian rambang yang mungkin benar pada sesetengah orang dan silap pada sesetengah yang lain terpulang pada bakal murid untuk mengikuti panduan ini atau tidak. Bagi saya, ada sesuatu yang harus murid ketahui; setiap penyakit ada ubat dan racunnya.