jump to navigation

Prototaip CD Tarannum April 21, 2008

Posted by alhawa in CD Tarannum.
Tags: , , , ,
add a comment

Prototaip CD Tarannum

Apa Khabar kawan-kawan semua? Hari ini saya meluangkan masa mengisi blog-blog saya dengan mengupload gambar-gambar.

Baiklah; di sebelah merupakan cd Panduan Asas Tarannum Al-Quran yang akan saya lancarkan di sini tidak lama lagi.

CD ini disusun mengikut Kaedah Dian yang saya cipta pada tahun 2003/2004 yang lalu. Semua ini adalah anugerah Allah dan saya memohon kepada-Nya, mudah-mudahan mudah untuk dikongsi bersama dengan anda sekalian.

Kepada Allah jua saya pohonkan agar dijauhkan hati dan diri ini daripada sifat-sifat jahat seperti ria’, ujub dan takabbur… Sesungguhnya ganjaran (yang sebenar) adalah di sisi Allah jua (yang saya harapkan.)

In-Ajriya-Illa AlAllah…

Lihat Ulasan saya tentang karya penulisan saya yang baru keluar di pasaran (buku cerita kanak-kanak) di www.alhawa.wordpress.com

azlan al-hawa

CD Belajar Al-Quran. April 15, 2008

Posted by alhawa in News.
Tags: , , , , , ,
add a comment

Saya ada menyediakan CD bacaan Al-Quran, berzanji, zikir dan selawat.

>>>> Sila klik di www.lamanbestari.wordpress.com. <<<<

Jenis-Jenis Tarannum April 4, 2008

Posted by alhawa in Teori.
Tags: , , , ,
22 comments
Berikut merupakan jenis-jenis Maqam (di Malaysia=disebut Tarannum) berdasarkan keluarga/ induk dan pecahan-pecahannya.

  1. Ajam – Ajam (عجم), Jiharkah (جهاركاه), Shawq Afza ( شوق افزا atau شوق أفزا)
  2. Sikah – Bastanikar (بسته نكار), Huzam (هزام), Iraq (عراق), Mustaar (مستعار), Rahat El Arwah (راحة الارواح atau راحة الأرواح), Sikah (سيكاه), Sikah Baladi (سيكاه بلدي)
  3. Bayati – Bayatayn (بیاتین), Bayati (بياتي), Bayati Shuri (بياتي شوري), Husseini (حسيني), Nahfat (نهفت), Nawa
  4. Nahawand – Farahfaza (فرحفزا), Nahawand (نهاوند), Nahawand Murassah (نهاوند مرصّع or نهاوند مرصع), Ushaq Masri (عشاق مصري)
  5. Rast – Mahur (ماهور), Nairuz (نوروز), Rast (راست), Suznak (سوزناك), Yakah (يكاه)
  6. Hijaz – Hijaz (حجاز), Hijaz Kar (حجاز كار), Shadd Araban (شد عربان), Shahnaz (شهناز or شاهناز), Suzidil (سوزدل), Zanjaran (زنجران)
  7. Saba – Saba (صبا), Saba Zamzam (صبا زمزم)
  8. Kurd – Kurd (كرد), Hijaz Kar Kurd (حجاز كار كرد)
  9. Nawa Athar – Athar Kurd (أثر كرد), Nawa Athar (نوى أثر or نوى اثر), Nikriz (نكريز)
Walau bagaimanapun, Maqam/ Tarannum yang biasa di Malaysia ialah:
1-Bayati
2-Sobah
3-Sikah
4-Rast
5-Nahawand
6-Jiharkah
7-Hijaz
Memandangkan pada zaman kegemilangan Islam yang lampau, pengaruh kesenian wilayah-wilayah yang diduduki Islam telah menyerap antara satu sama lain. Antaranya ialah Iraq (Baghdad), Parsi, Turki dan Mesir. Kesemua nama-nama negara ini mempengaruhi tamadun kesenian Islam dalam jangka masa yang berbeza.
..bersambung (z.z.z.z ..2.30 a.m)
wassalam
azlan al-hawa

Hidup sebagai seorang yang mulia. April 2, 2008

Posted by alhawa in Lain-Lain.
Tags: , , , , ,
add a comment

Ya Allah.. jadikanlah kami semua hidup sebagai seorang yang mulia..

memiliki anak-anak yang soleh

isteri yang solehah

lidah yang sentiasa memuji-Mu dan jujur

hati yang sentiasa tenang mengigati-Mu

tangan yang tidak lokek memberi

kaki yang tidak berat ke tempat solat

fikiran yang sentiasa merancang kebaikan..

Ya Allah hidupkanlah kami sebagai seorang yang mulia..

bukan mulia kerana dimuliakan orang yang tidak mulia

tetapi kemuliaan kerana bersama-sama hamba-Mu,

yang Engkau sendiri muliakan.

Amiin

azlan al-hawa

DOWNLOAD : mp3 http://www.4shared.com/file/42745454/e067636c/azlan_almulk.html

Petua Membaiki Suara Mac 25, 2008

Posted by alhawa in News.
Tags: , , , , ,
55 comments

Anda teringin bersuara merdu? Tentu jawapan anda YA…tetapi bila mengenangkan kemampuan diri, kadangkala timbul rasa rendah diri… “Tak apalah. Suara sedap pun buat apa. Bukan nak guna sangat. Ni dah boleh bercakap pun syukur.”…mungking terkeluar kata-kata ini daripada mulut anda..

Tapi, benarkah ada kaedah untuk membaiki suara?? Jawapan saya; YA.. ada.

Anda MESTI membaca Tips-tips di bawah samaada ‘meninggalkan terus’ atau ‘mengurangkan’… bergantung pada diri sendiri laa.. Kalau anda serius, tinggalkan terus lagi bagus.

1) Merokok..

2) Makanan berminyak.   Cth:- Mee Goreng (yang banyak minyak) atau karipap (serap minyak..<kes minyak tak cukup panas la nie..>)

3) Makanan bergetah / termasuk air buah yang bergetah.

4) Minuman ber ‘kaffin’ macam kopi, nescafe, macam-macam jenis kopi segera dan seumpamanya.

5) Coklat-coklat… (apa jenis sekalipun…mahal ke..murah ke..)

6) Air klorin.. (usahakanla minum air yang bertapis. SAJ=Syarikat Air Johor kadang-kadang bekalkan air berkeladak gak. Nasib baik ada tapis..)

PETUA MENJAGA

1) Bangun tidur pagi-pagi, minum air masak kosong sebelum gosok gigi. Sebaik-baiknya suam-suam sikit (eii gelinyer…!! ada antara anda ungkapkan macam tu… Saya bagi petua jer. Lagipun, yang minum mulut sendiri..)

2)  Sediakan Teh Papermint ataupun Teh Pudina. (Boh ada keluarkan tapi kalau dapat daunnya yang segar lagi bagus.) Bancuh dengan madu lebah asli, suam-suam.

3) Belajar menjerit (bukan Luar Kawalan yerrr..), di dalam sebekas air. Jangan mengaji tapi gunakah ..” Laa..Laa..Laa..”.

4) Ohh..lupa nak bagitau.. Lepas minum air pagi-pagi tadi, mestilah nak gosok gigi. Lepas kumur-kumur cuci mulut, lepas gosok gigi, sebelum berwuduk Solat Subuh, masukkan air dalam hidung. Tarik air masuk guna hidung, dalam-dalam. Pastu cuba keluarkan ikut mulut seberapa banyak yang mampu.

5) Tulang bahu & tulang belakang memainkan peranan menampung udara-udara nafas kita. Cuba kawal pergerakan badan semasa membaca Al-Quran.

6) Duduklah dengan tetap dan seimbang. Duduk Tahiyat Awal = tak seimbang.

KALAU SUARA TAK ELOK JUGAK….

1) Mungkin ada masalah kerongkong. = kena operation sikit kat doktor tekak.

2) Mungkin masalah kahak banyak sangat. = kena buangla. Cara terbaik herba-herba traditional la.

….. Rasanya cukuplah dulu…(nak semayang Subuh..Jom berjemaah!!) Lain masa berjumpa lagi!! Nantikan CD-Tarannum saya k!..

Semoga berjaya..

Wassalam..

azlan al-hawa 

Imam bangla. Mac 19, 2008

Posted by alhawa in Lain-Lain, News.
Tags: , , , , ,
add a comment

Anda tentu pernah solat di surau? Itu biasa kerana soalan saya pernah atau tidak ;maka jawapan anda tentulan YA. Tetapi, Anda pernah mempersilakan seorang bangla menjadi imam solat?  … apa jawapan anda?

Baiklah. Saya hanya ingin berkongsi pengalaman dengan kalian. Saya tinggal di Kluang dan di taman saya ada sekumpulan indon yang tinggal di rumah kotai dan sekumpulan bangla tinggal di kilang memproses habuk kayu; jika saya tidak silap.

Mereka; indon dan bangla sama-sama bermasyarakat dengan kami, penduduk taman dalam urusan solat dan kadangkala kerja kawin pun, mereka datang untuk rewang*=gotong-royong. Anda pelik? Tak pelik????

Anda bayangkan seorang bangla yang tak mahir cakap melayu boleh rewang sama-sama anda masa kerja kawin… ini bukan bangla Malaysia tau, ini bangla-Bangladesh.

Ini bagi saya, kuasa Allah. Dan saya bersyukur kerana taman saya ini dapat menerima mereka yang ingin sama-sama membuat kebajikan. Saya sangat yakin, tidak semua tempat samaada kampung atau taman dapat menerima bangla sebagai salah satu anggota masyarakat. Sebaliknya, bangla-bangla atau indon-indon ini sering menjadi cercaan dan hinaan masyarakat. Apakah mereka semuanya jahat? Bukankah kebanyakan mereka beragama Islam.

Dan; saya sendiri selaku imam kedua di surau taman saya ini, memberikan tempat saya kepada salah seorang bangla tersebut, namanya Mohamad Al-Anam. Sungguh merdu dan fasih membaca al-Quran. Dia bermazhab Hanafi dan membaca Al-Quran mengikut Qiraat bukan seperti kita Hafs An-Aasim.

Jika anda ingin mendengar suara Imam Bangla… silalah datang ke taman saya, Taman Permata; insyaAllah setiap Maghrib dan Isyak (sebab siang dia kerja kilang kayu) kecuali malam Jumaat kerana imam satu mengambil tempatnya.

Lagu Baiyati Februari 25, 2008

Posted by alhawa in Baiyati.
Tags: , , , , ,
5 comments

Ini merupakan lagu asas dalam berTarannum. Anda juga mendapatinya pada tajuk ATTARANNUM dalam blog ini.

Latar belakang adalah Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dan sengaja saya buat dalam bentuk sedemikian agar anda lebih mudah membaca dan melagukan dengan melihat text yang disediakan. 

 

Tarannum : Mengapa anda belajar? Februari 19, 2008

Posted by alhawa in Lain-Lain.
Tags: , , , ,
5 comments

Ini adalah soalan saya. Dan seharusnya anda tahu apakah jawapannya. Nah! Apakah jawapannya?

A/ Satu keistimewaan jika membaca dengan indah dan didengar pula sebagai indah.

B/ Anda percaya, ia boleh menambah kekhusyukan membaca Al-Quran.

C/ Ia adalah amalan para Sahabat, Tabi-iin dan pengikut-pengikut Tabi-iin.

D/ Mengisi masa lapang dengan amalan-amalan yang baik.

E/ Anda berjiwa seni dan memandang Tarannum sebagai seni. 

Apakah jawapan anda (yang jujur-sejujurnya.)

Jika anda diberikan 1 sahaja peluang untuk memilih = Pilihan anda huruf yang mana?

Jika 2 peluang diberi? Bagaimana pula?

Jika 3 peluang? Apakah yang menjadi pilihan anda?

Jika 4 peluang pula?? Apakah yang anda percaya, baki 1 sebab itu BUKAN yang membawa anda ke dunia Tarannum.

Bagaimana jawapan saya?

Jika soalan itu ditujukan kepada saya; jawapan saya ialah ; E/ Anda berjiwa seni dan jiwa anda memandang Tarannum itu juga sesuatu yang seni.

KETERANGAN jawapan saya.

Telah menjadi sunnat-Ullah. Setiap kejadian makhluk-Nya ada pelbagai ragam. Ada yang jiwanya kasar, ada yang lembut. Ada yang bijak dalam pentadbiran, ada pula bijak dalam ekonomi. Ada yang suka aktiviti lasak. Ada yang suka aktiviti mencabar minda di dalam bilik. Ada yang halus jiwanya, seni. Ada yang kasar jiwanya, kaku pada unsur-unsur lembut dan seni.

Itu sahaja keterangan saya. Lahir daripada fitrah jiwa anda yang seni itulah, anda meminati dan belajar Tarannum. Selepas itu barulah anda tercari-cari sebab lain yang menyokong.

Maka, janganlah melawan fitrah. Jika anda peminat seni, alirkan darah seni itu ke sungai yang membawa matlamat Rabbaniyah. Bukan pula disusuri sungai seni songsang. Tarannum bukan seni songsang. Seni songsang banyak di sekeliling kita sekarang dan anda kenal.

Akhir kata, jadikanlah minat yang mendalam itu suatu realiti dengan membawa diri anda ke pangkuan majlis ilmu. Usah cuba-cuba D.I.Y (Do it yourself), dalam ilmu beragama, D.I.Y hanya akan mengelirukan anda.

Semoga anda mendapat panduan berguna!

Jumpa anda di laman blog lain. Ada sesuatu yang baru di www.lamanbestari.wordpress.com . Ingin tahu.. Jomlah ke sana!

Wassalam.

azlan al-hawa 

Kelas Online vs Realiti. Februari 14, 2008

Posted by alhawa in News.
Tags: , , , , ,
4 comments

Anda kini mempunyai pilihan.

Belajar Tarannum melalui kaedah Dian secara Online (PERCUMA buat masa sekarang.)

atau Belajar Tarannum secara bersemuka.

Jika inginkan maklumat lanjut, sila layarai www.lamanbestari.wordpress.com / Product & Service.

Jumpa anda di sana!

Wassalam

azlan al-hawa

Belajar Melalui Skype. Februari 14, 2008

Posted by alhawa in News.
Tags: , , , ,
1 comment so far

Anda kini boleh berinteraksi dengan saya melalui Skype!

  •  MAKLUMAT PENTING
    • Sila download dan cari nama pengguna saya ; azlansenggarang.
    • Kelas Online akan dimulakan dalam lingkungan masa 10.00 hingga 12.00 tengahari.
    • Buat masa ini, kelas adalah PERCUMA
    • Jika ada sebarang pertanyaan, sila email ke ; azlansenggarang@yahoo.com
  • Jumpa anda di sana!